Monday, October 11, 2010

Teknik Sulaman

Sulaman berkilauan yang menggunakan manik, labuci, kristal atau batu permata tiruan telah dimulakan sejak zaman datuk nenek moyang kita dahulu.
Tidak diketahui bilakah titik permulaan penemuan sehingga kini telah menjadi ikut-ikutan.

Saya masih ingat semasa kecil, ibu sering menyulam bau-baju artis Malaysia yang berada di Johor Bahru dan Singapore. Masa itu ibu hanya menyulam beberapa teknik yang diketahui olehnya. Seperti teknik Jahitan Beriring dan Asas Labuci. Ada yang berjuntai-juntai digabungkan dengan mutiara bentuk titisan hujan dan manik bulat, ada yang dijahit secara rapat2 menggunakan kepingan labuci...
Kalau nak diperkatakan, memang ada banyak lagi bentuk2 yang hingga kini saya masih menyimpannya.

Masa tahun 1980an, memang telah ramai pereka tempatan dan antarabangsa menggunakan manik2 sebagai hiasan agar rekaan busana kita kelihatan berseri dan menonjol apabila menghadiri ke majlis2 tertentu.
Ibu pun tidak kurang juga mengayakannya..

Pendek kata apabila telah sampai pada atu ketika manik2 ini, saya namakan satu persatu kemudian dijadikan satu silibus tahap pembelajaran sehingga ia dapat menghasilkan satu pendapatan kepada sesiapa saja yang gemar untuk melangkah terus ke alam pelajaran kemahiran.

Masa itu saya sendiri agak sukar juga bagaimana hendak memulakan agar corak pengajaran saya nanti dapat diikuti oleh orang ramai.

Dari masa ke semasa, ramailah sudah wanita2 yang memperkembangkan konsep teknik yang diadunkan sehingga ia menjadi sekuntum bunga yang lebih menarik.

Saya bersyukur kerana jika 13 tahun dahulu amat sukar untuk kita didedahkan ke dunia fesyen dan kemahiran sebagai pendapatan sampingan. Tetapi dengna keberkatan gabungan ramai wanita, ia telah berjaya menjadikan bidang sulaman manik ini bukan saja sebagai hobi malah ia telah membuahkan seribu harapan kepada yang ingin menjadikan sebagai kerja sambilan dari rumah.

Teruskan usaha anda tanpa berhenti dan serlahkan kemahiran yang tersedia ada dari dalam diri anda sekelian. -RJ

Sunday, June 13, 2010

Kelas Bunga-Bunga Manik

Kelas Bung-Bunga Manik ini sentiasa didatangi peserta yang berminat.
Melalui perkembangan ini, saya pasti ramai yang akan meminati gubahan bunga untuk dijadikan sebagai hantaran bunga telur dan hiasan semasa hari pertunangan.

Harga - RM200
Termasuk peralatan dan sijil penyertaan
Tempat - FTIM Designing Centre
               Kompleks 3C (MPSJ)
Masa - 10am hingga 4pm

Sila hubungi RJ - 03*5638 2949 / 012-217 2949


Thursday, June 3, 2010

LETS TALK OUT FASHION THEN....

Ramai yang masih tidak mengerti bahawa bidang fesyen adalah bubjuk unggul di dunia ini. Sulaman Manik, Kerawang dan Ayak Nyonya adalah sebagai imbuhan penyeri untuk setiap rekaan yang dipertuntunkan di persada dunia fesyen kini.

Saya akan lebih giat dalam dunia fesyen memandangkan perjalanan ke arah kerjayaan dunia fesyen di kalangan masyakat melayu agak kurang dan memerlukan penglibatan yng tinggi.

Kesabaran untuk memahami setiap inci dan cm ukuran harus dipraktikkan dari masa ke semasa agar kemahiran diri tercapai.