Thursday, August 28, 2014

Orang Kaya

Seminggu aku tidak telepon emak.
Dalam jangkamasa itulah aku selalu mendoakan agar emak sentiasa berada dalam kesihatan yang baik dan sihat sentiasa.

Doaku saban hari adalah untuk ibu.
Kerinduan aku pada ibu sungguh mendalam sehingga tidak dapat hendak dibayangkan bila hampir sebulan tidak melihat wajah ibu. Kalau boleh sekarang juga aku hendak masuk dalam kereta dan drive seorang diri ke JB. 

Dapat tengok ibu dan balik semula ke KL pun dah cukup bagus.
Perjalanan ke JB mengambil masa lebih kurang 3jam setengah jika tidak berhenti di mana-mana RnR.
Drive slowly and safely.... :)

Malam ini aku bicara dengan ibu.
Walaupun baru seminggu saja tidak mendengar suara aku, ibu menangis kerana kerinduannya adalah sudah pastinya melebihi kerinduan aku agaknya.

SEtiap perbualan kami, ibu sering berpesan, agar sentiasa berwaspada dengan kata-kata orang yang aku 'deal' dalam perniagaan.
Aku faham apa yang diperkatakan oleh ibu. aku sendiri sering terkena dek kata-kata manis dan ada kalanya amat menghiris jantung hati ku.

Ibu dapat meneka melalui perbualanku bersamanya. Meskipun aku tidak pernah mengatakan bagaimana perasaan ku dan masalah besar yang aku hadapi, namum hati seorang ibu akan dapat membaca hati anaknya walaupun berjauhan.

Itulah ibu ku tersayang...

Beberapa minggu ini aku sungguh runsing dengan perjalanan perniagaan ku.
Puas aku berdoa agar allah swt menunjukkan kebenaran dan jalan yang mudah untuk aku lalui dalam perniagaan ku ini.

Ramai orang yang telah aku temui dan pelbagai perkara yang timbul.
Ada yang hendak join-venture dalam perniagaanku, ada yang hendak membantu, ada yang hendak meninjau-ninjau dahulu kemudian baru hendak 'deal business'... semuanya ada....

Ada juga aku berjumpa dengan orang-orang kaya. Jutawan katanya.
Berniaga berjuta-juta ringgit.
Mereka mempunyai pelanggan yang besar-besar...
Bayaran setiap belian ratusan ribuan ringgit...
Malah ada yang masih berhutang kemudian dimaki hamunnya...
Macam-macam ada...

Perniagaan ku lebih cenderung ke arah membantu masyarakt dalam membangunkan perniagaan mereka. Menghulurkan ruang dalam bidang kemahiran kahas untuk wanita di Malaysia.
Banyak buku-buku aku yang telah dijadikan bahan rujukkan tetapi aku tidak sekaya mereka yang sentiasa menerima jutaan ringgit.

Mungkin salah aku juga kerana memilih bidang kemahiran, mengajar dan menerbitkan buku-buku kemahiran di mana pulangannya agak lambat.

slow tu tak usah dipertikaikan lagi.... memang slow lah...

Setiap bulan aku sentisa mencari-cari peluang yang ada ditawarkan oleh kerajaan. Atau bakal-bakal peserta yang akan menyertai setiap kursus yang dianjurkan oleh syarikat aku ini.

Bukan mudah mereka hendak menyakinkan diri bahawa bidang kemahiran boleh buat duit.
Memang bukan mudah....!

Kata-kata orang 'KAYA' ini kepada aku sejak kebelakangan ini sungguh menghiris hatiku.
Oleh kerana perniagaan yang dijalankan hanya 4/5 bulan dan telah mencapai jutaan ringgit, sedangkan perniagaan ku setahun baru mencecah juta, dia mengatakan strategi perniagaan ku bagaikan kusam dan tidak efektif.

Aku menyatakan bahawa aku ingin menjadi MENTOR kepada ramai bakal-bakal perniaga di luar sana, di sangkal dengan menggantikan nama ganti sebagai 'MENTOL'..
Maksudnya aku bukannya seorang MENTOR tetapi aku adalah MENTOL.


Bukan mentol yang memberi cahaya kepada orang lain tetapi kepada dan otak aku ni yang jadi mentol..!!!
Memang panas dan perit bila kata-kata sedemikian ku dengar.
Kalau ada air panas memang aku akan curahkan ke mukanya... 
Kalau boleh hendak saja aku pergi saja dari situ.. tetapi oleh kerana aku harus menunjukkan sikap professionalism, maka semua bisikan syaitan aku pendamkan...

Aku terima kata-kata itu sebagai satu cabaran positif.
Apa yang dapat aku katakan di dlaam hati  adalah... 'akan aku buktikan satu hari nanti..'!













No comments:

Post a Comment