Thursday, August 28, 2014

Orang Kaya

Seminggu aku tidak telepon emak.
Dalam jangkamasa itulah aku selalu mendoakan agar emak sentiasa berada dalam kesihatan yang baik dan sihat sentiasa.

Doaku saban hari adalah untuk ibu.
Kerinduan aku pada ibu sungguh mendalam sehingga tidak dapat hendak dibayangkan bila hampir sebulan tidak melihat wajah ibu. Kalau boleh sekarang juga aku hendak masuk dalam kereta dan drive seorang diri ke JB. 

Dapat tengok ibu dan balik semula ke KL pun dah cukup bagus.
Perjalanan ke JB mengambil masa lebih kurang 3jam setengah jika tidak berhenti di mana-mana RnR.
Drive slowly and safely.... :)

Malam ini aku bicara dengan ibu.
Walaupun baru seminggu saja tidak mendengar suara aku, ibu menangis kerana kerinduannya adalah sudah pastinya melebihi kerinduan aku agaknya.

SEtiap perbualan kami, ibu sering berpesan, agar sentiasa berwaspada dengan kata-kata orang yang aku 'deal' dalam perniagaan.
Aku faham apa yang diperkatakan oleh ibu. aku sendiri sering terkena dek kata-kata manis dan ada kalanya amat menghiris jantung hati ku.

Ibu dapat meneka melalui perbualanku bersamanya. Meskipun aku tidak pernah mengatakan bagaimana perasaan ku dan masalah besar yang aku hadapi, namum hati seorang ibu akan dapat membaca hati anaknya walaupun berjauhan.

Itulah ibu ku tersayang...

Beberapa minggu ini aku sungguh runsing dengan perjalanan perniagaan ku.
Puas aku berdoa agar allah swt menunjukkan kebenaran dan jalan yang mudah untuk aku lalui dalam perniagaan ku ini.

Ramai orang yang telah aku temui dan pelbagai perkara yang timbul.
Ada yang hendak join-venture dalam perniagaanku, ada yang hendak membantu, ada yang hendak meninjau-ninjau dahulu kemudian baru hendak 'deal business'... semuanya ada....

Ada juga aku berjumpa dengan orang-orang kaya. Jutawan katanya.
Berniaga berjuta-juta ringgit.
Mereka mempunyai pelanggan yang besar-besar...
Bayaran setiap belian ratusan ribuan ringgit...
Malah ada yang masih berhutang kemudian dimaki hamunnya...
Macam-macam ada...

Perniagaan ku lebih cenderung ke arah membantu masyarakt dalam membangunkan perniagaan mereka. Menghulurkan ruang dalam bidang kemahiran kahas untuk wanita di Malaysia.
Banyak buku-buku aku yang telah dijadikan bahan rujukkan tetapi aku tidak sekaya mereka yang sentiasa menerima jutaan ringgit.

Mungkin salah aku juga kerana memilih bidang kemahiran, mengajar dan menerbitkan buku-buku kemahiran di mana pulangannya agak lambat.

slow tu tak usah dipertikaikan lagi.... memang slow lah...

Setiap bulan aku sentisa mencari-cari peluang yang ada ditawarkan oleh kerajaan. Atau bakal-bakal peserta yang akan menyertai setiap kursus yang dianjurkan oleh syarikat aku ini.

Bukan mudah mereka hendak menyakinkan diri bahawa bidang kemahiran boleh buat duit.
Memang bukan mudah....!

Kata-kata orang 'KAYA' ini kepada aku sejak kebelakangan ini sungguh menghiris hatiku.
Oleh kerana perniagaan yang dijalankan hanya 4/5 bulan dan telah mencapai jutaan ringgit, sedangkan perniagaan ku setahun baru mencecah juta, dia mengatakan strategi perniagaan ku bagaikan kusam dan tidak efektif.

Aku menyatakan bahawa aku ingin menjadi MENTOR kepada ramai bakal-bakal perniaga di luar sana, di sangkal dengan menggantikan nama ganti sebagai 'MENTOL'..
Maksudnya aku bukannya seorang MENTOR tetapi aku adalah MENTOL.


Bukan mentol yang memberi cahaya kepada orang lain tetapi kepada dan otak aku ni yang jadi mentol..!!!
Memang panas dan perit bila kata-kata sedemikian ku dengar.
Kalau ada air panas memang aku akan curahkan ke mukanya... 
Kalau boleh hendak saja aku pergi saja dari situ.. tetapi oleh kerana aku harus menunjukkan sikap professionalism, maka semua bisikan syaitan aku pendamkan...

Aku terima kata-kata itu sebagai satu cabaran positif.
Apa yang dapat aku katakan di dlaam hati  adalah... 'akan aku buktikan satu hari nanti..'!













Sunday, August 10, 2014

Cerita Disebalik Buku Saya

Cerita disebalik buku-buku yang saya tulis berbeza-beza.

Setiap buku yang ditulis juga mempunyai sebab musabab dan mungkin semua para pembaca dapat ilham daripada apa yang akan saya sampaikan.
kadang-kadang kelakar pun ada bila difikir-fikirkan.
Walau bagaimana pun berjaya juga disiapkan dan diedarkan ke setiap ceruk tempat di Malaysia.

Sehinggalah sampai ke Brunei dan Singapore, Indonesia, Jepun, Amerika, Australia, negara Arab seperti Dubai dan Jeddah.

Variasi Teknik Jahitan

Buku pertama yang saya tulis ini ditujukan khas untuk ibu tersayang.
Baju yang dipakai oleh model Anita Mohamed ini adalah Baju Kebaya Kota bahru.
Ibu sering memakai semasa mudanya. 
Iye bentuk badan ibu memang cantik.
Ialah orang dulu-dulu memang pandai menjaga badan. pakai korset hampir setiap hari.
Sekarang ni, kalau saya nak pakai korset,.. aduhai... lemas rasanya.

Saya pun hairan. Camne ibu boleh pakai korset setiap kali ibu memakai baju kebaya.
dengan kain Veron kipas depan.
Orang dulu memang berfesyen sungguh.
Sekarang tidak ramai yang pakai baju kebaya kerana ugama kita telah semakin kuat berbanding dengan orang zaman dulu.
Maksud saya adalah orang dulu solat tetapi bila tiba bab memakai tudung dan berfesyen, mereka lebih 'open minded'.
Bab ini memang sukar untuk dipertikaikan.
Zaman sekarang pendedahan melalui media, tv dan cyber lebih meluas dan kesedaran sedikit demi sedikit telah mempengaruhi pemikiran kita semua untuk meutup aurat termasuk saya.

Semasa kecil ibu tinggal di Singapore dan ibu pula pandai menjahit.
kami tiga beradik puas jadi model cilik ibu.
Apa saja fesyen terbaru ibu akan cuba dan buat untuk kita semua.

Suka ke tak suka ke, kita semua kena pakai juga.
Bayangkan, kami semua ada satu almari penuh setiap seorang.
Memang banyak sungguh baju kami.


Sulaman Benang & Manik Labuci























Pentauliahan JPK


Terlalu banyak cerita yang hendak aku sampaikan kepada semua rakan-rakan yang terlibat dalam dunia fesyen. Tetapi tangan ini saja tak kesampaian nak tulis.

Ada kalanya bagus dan kebanyakkannya memang sukar hendak diceritakan.

Perniagaan aku yang mengaitkan dengan beberapa department kerajaan.
Pusat bertauliah oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran adalah satu tiket untuk menyalurkan ilmu kemahiran. Ianya harus melalui beberapa proses yang sukar dan banayk dokumentasi yang harus dilakukan sebelum ditauliahkan.

Sebelum itu kita selaku ketua atau empunya perniagaan harus mempunyai sijil yang ditauliahkan oleh JPK. Jika tidak sememangnya tidak dipandang oleh bakal calon-calon kelak.

step by step untuk memohon ada di laman sesawang JPK.
ikut satu persatu dan pasti kepala memang pening buat seketika.
ada kalanya seperti 'telur dan ayam'. Yang mana nak didahulukan.
Ayam ke Telur?

Pening tahap gaban tu usah dipertikaikan lagi.. tetapi akhirnya dapat lah ditauliahkan juga...

Kini FTIMdc telah berusia 16 tahun pada hari ini 10 Ogos 2014.
Kami telah melahirkan ribuan pelajar dalam bidang sulaman dan jahitan.
Meskipun tidak ramai yang menjadi 'famous' tetapi ramai yang telah menjadikan bidang ini sebagai sumber pendapatan sepenuh masa. Mereka dapat menjana pendapatan di mana mereka juga tela berjaya menapung kehidupan mereka sehingga kini.

Ada juga yang telah beralih bidang kerana mendapat peluang yang lebih baik. Itu semua terpulang kepada individu untuk menjadikan sesuatu kemahiran ke tahap yang lebih baik atau disebaliknya.

Nasihat saya kepada yang ingin menjadikan bidang jahitan ke arah yang lebih professional adalah dengan menjual secara online sekiranya tidak mampu untuk mempunyai kedai.

Sekaran zaman dah canggih.
Jualan online lebih baik sekiranya pandai menggunakan kemudahan internet yang ada sekarang.
Bukannya susah sangat.
Apa yang harus kita tahu adalah cara mengambil gambar dan edit.

Software yang patut anda tahu ialah Photoshop.
Itu saja.

RJ

Bahagian kedai tingkat bawah yang masih lagi memerlukan stock baru

Belum habis mengemas, pada peringkat awal pindah tahun lepas December 2013.