Monday, May 23, 2016

DOKTOR KATA, MUNGKIN SAYA ADA KANSER
===================================

Selama hampir 2 minggu yang lalu, saya pergi berjumpa dengan doktor sakit Puan. iye lah orang perempuan pi lah jumpa pakar sakit puan... tapi doktornya lelaki lah pulak...

..
Pendekkan cerita, setelah di scan, godek2... 
doktor tak puas hati... asyik tengok jer screen scan..

Kemudian doktor pertama yang memeriksa saya tadi panggil  seorang doktor lain untuk memastikan apa yang dia nampak kat scan screen itu adalah betul... 
Ini membuatkan hati saya lebih berdebar dari sepatunya..
..
Dalam masa yang sama saya redha jika ada sesuatu yang doktor nak beritahu saya selepas tu...
Saya dah bersedia terima sepenuh hati kerana ..
wanita ni bila dah sampai ke tahap tertentu, mereka akan menyerah pada takdir 100%.. maknanya dah sampai ke tahap yang maximum la tu..

Maximum dengan semua keadaan sekeliling pun ada juga.. 
dah rasa nak give up pun ada juga... 
tiada keyakinan pun sama lah tu..
..
Seriously, saya seperti wanita2 lain yang ada perasaan sedemikian. 
Tipulah jika wanita yang sentiasa menunjukkan keceriaan diri tidak pernah ada perasaan sedih. 
Mestilah ada.. cume kita sembunyikan selagi boleh..

..
Dalam suasana doctor check situ dan check sini... semua di check..
ambil sample itu dan ambil sample ini... perasaan saya bercampur aduk.
Abis lah saya kali ini...
..
Doktor pertama ke hulu-hilir mencari sesuatu.
Nurse lak pada masa tu baru bekerja sebagai nurse.
Dulu dia bekerja sebagai kerani admin. Tiba2 jer jadi asst doktor..
Mungkin dalam keadaan terdesak dek kesukaran mencari asst pada hari itu. Maknanya bidang terjun buat sementara waktu..

..
Akhirnya, doktor kata pada saya bahawa fibrod saya besar 7.6cm. 
Jika dibandingkan dengan jangka hayat dari kali terakhir saya pergi buat medical check up, fibroid saya menjadi2 besarnya. 
Suka sangat dia dok dalam tu gaknya.
..

Faktor stress, pemakanan adalah memainkan peranan penting dalam kesihatan wanita bila dah sampai ke tahap usia 50an.
..



Kehidupan yang stress sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi terutama bila kita cuba mengejar waktu dan cita2.

Berbalik kepada cerita doktor tadi.
Akhirnya selepas semua sample dia dah ambil termasuk air kencing..
Doktor kata kemungkinan besar saya preggy lagi..
wakakakaka.... gelak besau saya depan doktor...
sebab... saya tahu diri saya... mana ada masa... 
..
ok..ok.... saya tak nak cakap pasal bab ini... (rahsia).. :) 

Saya pakai pakaian semula dan pergi jumpa doktor di bilik dia.
Saya duduk dengan perasaan yang terlalu hiba sekali.
Allah saja yang tahu perasaan saya waktu itu.
Tunggu apa yang aka ndikatakan oleh doktor..

Doktor mengesyaki kemungkinan saya ada ''KANSER''..
..

Saya senyum dan redha..
Saya dah bersedia untuk menghadapi segala2nya selepas ini..
Saya dah setkan dalam fikiran saya, bahawa saya tak nak buat chemo'..
Faktor kerja dan perbelanjaan yang akan menjangkau dan melebihi daripada kemampuan saya.

Tanggungjawab saya terlalu besar untuk saya tanggung sendirian..
..
Sememangnya saya dah set kan dalam fikiran saya.
Saya akan aturkan apa yang perlu saya buat dengan FTIMdc.
Saya nak susun semula rumah dan bahagi2kan semua baju2 saya kepada semua yang memerlukan.

nak settlekan semuanya...
Pasti doktor akan bagi tahu saya berapa lama saya boleh hidup.
Saya kena cepat2 buat keputusan dala msegala hal..

Saya nak simpan kain kapan, kain batik, yassin banyak2, 
phhuuuuhhh... banyaklah dah disusun dalam kepala ni..

Buku2 saya dalam bilik study akan saya simpan tuk anak dan suami saya buat rujukan.
RJPOLA saya akan teruskan selagi saya masih hidup dan akan ajar camne nak buat jika saya dah tak de nanti...

..
 Iye... semuanya dah saya fikirkan...

Keputusan pada 23 May 2016, kol 6.20pm dengan doktor membuatkan saya tak tentu arah jadinya sepanjang hari. Semalaman saya tak dapat tido dengan tenang.

Yang paling menyampah sekali tv lak asyik cite pasal hantu.. 
Pejam mata, buka balik... cite antu yang tak abis2... 

Saya dah beritahu beberapa orang kawan paling rapat sekali mengenai perkara ini..
Kawan2 rapat saya memang tak ada dalam facebook friendlist.. 
Mereka menerima saya seadanya. Kawan2 yang tak tahu perkembangan career saya langsung. Saya suka camtu. Dan saya juga jarang cerita kepada mereka perihal career saya.

Adalah seorang dua yang dok jauh di Mekah dan Johor dalan fb friendlist. 

....
Doktor ambil report card saya dan catitkan beberapa barisan ayat yang kita sendiri tak tahu apa bendanya.

..
Saya balik ke rumah dan tunggu.. sehingga ke hari ini dengan perasaan sedih benggang binggung dan menyerah diri.
..

Semasa menunggu keputusan di luar bilik doktor, tidak langsung saya menpunyai perasaan takut. Saya yakin jika ianya benar, saya akan buat apa yang patut seperti yang telah saya rancangkan.

Saya masuk dan duduk di sebelah meja doktor.
Doktor buka report card dan ambil surat dari dalam kotak... 
Saya hanya diam dan memerhatikan sahaja...
..

''Eeeemmmm... Rozita Jaafar.... '' doktor sebut nama saya
''You.... eemmmmm...''

Adduuhh... lambatnya dia nak baca....
..
''owh... you tak de KANSER..!!
semuanya okay...
cume fibroid jer yang perlu dibedah dengan segera..''
...

Ya Allah.... Ya rabbi.... syukur alhamdullilah...
Dalam hati saya bersyukur sangat..
Tapi masih dapat control depan doktor

Saya balas dengan penuh positif..
Saya akan tunggu sehingga sebulan dua dulu..
Dan tengok hasilnya dengan perubatan cara lain...
..

Mudah2an selepas ini fibroid saya akan kecut dengan mencari alternative lain..
Insyallah... aminnn...
Doakan saya...

RJ